TAKLIMAT TERIMA NETBOOK

TEMPAT : SMKG

Taklimat ringkas oleh Pn. Nor Hapipah (Tuan Pengetua SMKG) dan Tn. Hj Dian (PK HEM) kepada 107 orang ibubapa yang telah terpilih untuk tawaran memiliki netbook oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi Fasa ke-2. Tahniah yer......



PANORAMA SMKG

Terima kasih kepada kumpulan praktikum dari UPSI/UiTM sesi 2011 kerana meninggalkan hasil tangan yang begitu kreatif demi keceriaan SMKG.

MINGGU BAHASA

TARIKH : 04-15/07/2011

TEMPAT : SMKG

MINGGU BAHASA yang melibatkan panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Unit Bahasa)telah mengadakan pelbagai program sepanjang minggu tersebut. Tahniah kepada semua guru dari panitia berkenaan kerana berjaya menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya.


LARIAN 1M1S 1MALAYSIA

TEMPAT : SMK GEDANGSA

LARIAN IMurid 1Sukan 1Malaysia serentak seluruh Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid dan guru seluruh Malaysia telah menyahut seruan Menteri Pendidikan dengan berlari tepat pada masa yang ditetapkan. Sebelum peserta memulakan larian, mereka terlebih dahulu mendengar perutusan oleh Menteri Pendidikan secara 'live' melalui kaca televisyen di sekolah masing2.




IKRAR AKUJANJI DISIPLIN

TEMPAT : SMKG

Satu majlis ringkas bersama wakil ibu bapa dan pelajar yang telah digantung sekolah membaca ikrar akujanji mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Semoga hukuman gantung yang telah dilalui oleh para pelajar berkenaan dapat memberi pengajaran yang positif kepada mereka serta pelajar2 lain.


OPS RAMBUT

TEMPAT : SMKG

Operasi rambut telah dijalankan oleh unit disiplin sekolah bagi memastikan pelajar2 yang gagal mematuhi peraturan/amaran guru bg kes berambut panjang/fesyen diambil tindakan sewajarnya.


BENGKEL E-LEARNING MOODLE

TARIKH : 24-26/05/2011

MASA : 8.00-4.00PM

TEMPAT : SMK AMPANG PECAH

Bengkel Aplikasi E-Learning Moodle dalam P&P telah diadakan di SMK Ampang Pecah selama 3 hari bagi melatih guru2 berkenaan tentang pengaplikasian e-learning (menggunakan Moodle). Tenaga pengajar terdiri drpd otai2/pensyarah ICT UPSI.Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En. Zahri b. Haji Ramlan, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT dan Perkomputeran JPN Selangor.

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU

TEMPAT : SMKG

PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU Peringkat Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SMK Gedangsa. SMK Gedangsa juga telah dipilih sebagai pengerusi/tuan rumah bagi menjayakan pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri Selangor.

KENAL DIRI MELALUI TARIKH LAHIR




Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari (Dr.Fadzilah Kamsah).. 1. Pemimpin 2. Lembut 3. Kemas (Cerewet) 4. Rajin 5. Boleh berbincang 6. Angin 7. Patuh 8. Bisnes 9. Glamour . Contoh: 20 05 1981 2 + 0 = 2 Maka kotak pertama adalah 2.. Kmudian campurkn semua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8 Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur dgn kotak kedua 2 + 8 = 10 Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1 Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya.. 2 : Lembut 8: Bisnes 1: Pemimpin Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. Tepuk Dada Perlahan2 & Tanya Ada Selera ke?...

MESYUARAT SEPAK TAKRAW MSSD






TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SMKG

Mesyuarat penyelarasan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor sekolah rendah dan menengah telah dijalankan dengan jayanya. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En. Norazimi (Peyelia Sukan PPD) dan Pn. Norhapipah (Pengetua SMKG).                                 




En. Nor Azimi (Penyelia Sukan PPDHS) sedang memberi ucapan dan taklimat ringkas kepada semua pengurus pasukan sekolah rendah dan menengah bagi memastikan perjalanan kejohanan lebih lancar.





BACAAN SENYAP

TEMPAT : DATARAN SMKG

Bacaan senyap 10 minit setiap pagi Khamis merupakan salah satu aktiviti oleh PSS bagi menyemai budaya membaca di kalangan warga SMKG, khususnya para pelajar.



CHORAL SPEAKING

TEMPAT : DATARAN SMKG

Persembahan choral speaking oleh sekumpulan pelajar di bawah bimbingan Cg. Bobby(praktikum UPSI). Persembahan ini pernah/telah disajikan kepada ibu bapa semasa Hari Anugerah Cemerlang sebelum ini.


LADAP E-FILING & HEADCOUNT

TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

Taklimat tentang pengurusan e-filing telah disampaikan oleh 2 orang pegawai LHDN. Manakala taklimat berkenaan Headcount pula disampaikan oleh Puan Mazmin (Pengetua SMK Serendah). Semua guru SMKG telah bersama-sama menerima input daripada penceramah berkenaan.




BOLA BALING MSSDHS

TEMPAT : SMK DATO HJ KAMARUDIN

Pasukan bola baling SMKG sedang makan tengah hari sementara menunggu pusingan ke-2 Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Selangor. Bersama-sama pemain ialah Cg Sukri(PK Koko) dan Cg Jamshari(Jurulatih).


PROGRAM NILAM

TEMPAT : DATARAN SMKG

Penyampaian sijil penghargaan Program NILAM kepada pelajar2 berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKG (Pn. Norhapipah Abu Hanif) semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan.





BACAAN YASSIN PAGI JUMAAT

HARI AKHIR SEBELUM CUTI 1/2 PENGGAL 1
TEMPAT : DATARAN SMKG

 Bermula pertengahan 2010, semua guru dan pelajar muslim bersama-sama membaca surah Yassin setiap pagi Jumaat sebelum bermulanya sesi P&P. Foto2 di bawah menunjukkan suasana di Dataran SMKG selepas selesai majlis bacaan Yassin pada hari akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal 1.
 







PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS

TEMPAT : SMKG

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS diketuai oleh Tuan PPDHS (Tn Hj. Mat Jah b. Roslan) bersama-sama dengan lebih kurang 10 orang pegawainya di SMKG telah bermula seawal 7.30am. Dalam pemantauan ini, banyak perkara telah dilihat/dipantau baik dari segi pengurusan, akademik, hem dan kokurikulum. Pada fasa terakhir pemantauan semua pegawai terlibat telah membentangkan dapatan pemantauan yg dijalankan. Semua guru dan staf bersama-sama mendengar pembentangan tersebut dengan Tuan PPDHS sendiri telah membuat rumusan pada slot terakhirnya.






Tn Hj. Mat Jah(Tuan PPDHS) membuat rumusan bagi hasil dapatan pemantauan oleh pegawai2nya ke SMKG.

SUKAN TAHUNAN SMKG KE-24

TEMPAT : PADANG SMKG

SUKAN TAHUNAN SMKG KALI KE-24 telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada sebelah pagi sebelum kejohanan bermula hujan turun membasahi padang sehingga becak. Semua acara yang dilangsungkan berjalan lancar termasuk acara sukan rakyat. Majlis perasmian penutupan kejohanan disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Hulu Selangor. Beliau telah mewakili En. P.Kamalanathan yg tidak dapat hadir kerana komitmen lain. Syabas dan terima kasih kpd semua pihak (pelajar/guru/staff/ibubapa) yg telah membantu menjayakan kejohanan kali ini.

SUKAN PADANG AKHIR #bersambung#

TEMPAT : PADANG SMKG

SUKAN PADANG AKHIR

TEMPAT : PADANG SMKG

Acara Padang Akhir telah berlangsung dengan jayanya pada sebelah petang selepas sesi persekolahan. Semua pelajar telah mengikut disiplin pertandingan yang telah disusun mengikut stesen2 seperti lompat tinggi/lompat jauh/lontar peluru/rejam lembing dengan pengawasan guru2. Tahniah buat semua pelajar dan guru2.

SUKANTARA SMKG

TEMPAT : SMKG


SUKANTARA SMKG telah diadakan sebelah pagi. Walaupun cuaca di sebelah pagi agak berkabus dan padang yg basah namun semangat kesukanan yg tinggi telah ditunjukkan oleh para pelajar serta guru2/petugas.Tahniah....majulah sukan utk SMKG..Gambar2 lain akan diupload dlm masa terdekat...sebarang kesulitan amat dikesali.

MESYUARAT PRA PERLAKSANAAN SEMINAR PERMUAFAKATAN PIBG SEKOLAH-SEKOLAH FELDA NEGERI SELANGOR 1/2011

Tarikh:    16 hb. Februari, 2011 
Tempat:   SMK Kampong Soeharto, 
                 Felda Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran
1.  Penolong Pengarah Kanan Disiplin
     En Mohd Khaidir bin Abdullah                                  
2.  Penyelia Kanan Disiplin
     En. A Rahim Bin Mohd Mislani                          
3.  Pen. PPD Hal Ehwal Murid
     En Kamal bin Rusdi                                              
4.  Penyelia Disiplin
     En. Lazim bin Mujni                                             
5.  Pengetua SMK Soeharto
     En. Adam Sukarno bin Hj. Mansor
     Setiausaha PIBG 
6.  Pengetua SMK Gedangsa
     Pn. Nor Hapipah binti Abu Hanif
     Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
     Tuan Hj. Dian bin Masri
7.  Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya
     En. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim
     Setiausaha PIBG 
6.  Guru Besar SK Gedangsa
     En. Suhaimi bin Ramly
     Setiausaha PIBG
 7. Guru Besar SK Soeharto
     En Zainal Abidin bin Munil    
     Setiausaha PIBG
8.  Guru Besar SK Sungai Buaya
     Pn. Siti Aisah bt Haji Talib
     Setiausaha PIBG
9.  Guru Besar SK Seri Fajar
     En. Mokhtar bin Hussin 
     Setiausaha PIBG
10.Guru Besar SK Sungai Tengi
     Pn. Hasnah bt Din
     Setiausaha PIBG 

Ucapan Pengerusi Majlis
    En. Adam Sukarno bin Hj. Mansor
    Pengetua SMK Kampong Soeharto 

Ucapan Utama:
    En. Khaidir bin Abdullah
    Mewakili En. Mohd Suhaimi bin Yaidi
    Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan.


Taklimat Perlaksanaan SeminarPermuafakatan PIBG
    En. Khaidir bin Abdullah


Pengetua dan Setiausaha PIBG sekolah felda


Guru-besar sekolah rendah felda

Tuan Hj. Dian bin Masri
Penolong Kanan HEM SMK Gedangsa 
yang memakai cermin mata

 Pengetua SMK Gedangsa berbaju ungu dan 
setiausaha PIBG SK Sungai Buaya
kedua-duanya berkaca mata.

Tarikh-tarikh penting:

 17 Februari, 2011
 Perbincangan antara guru besar/pengetua bersama YDP
 21 Februari, 2011
 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Seminar
 28 Februari, 2011
 Pemakluman awal bilangan peserta yang setuju hadir
 05 Mac, 2011
 YDP dan sekolah terima borang pengesahan kehadiran peserta
 10 Mac, 2011
 Penghantaran Borang Rumusan Peserta Seminar
 14 Mac, 2011
 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja
 15 Mac, 2011
 Surat Jemputan Majlis Penutupan seminar
 19 Mac, 2011
 Perlaksanaan Seminar