SUKAN PADANG AKHIR #bersambung#

TEMPAT : PADANG SMKG

SUKAN PADANG AKHIR

TEMPAT : PADANG SMKG

Acara Padang Akhir telah berlangsung dengan jayanya pada sebelah petang selepas sesi persekolahan. Semua pelajar telah mengikut disiplin pertandingan yang telah disusun mengikut stesen2 seperti lompat tinggi/lompat jauh/lontar peluru/rejam lembing dengan pengawasan guru2. Tahniah buat semua pelajar dan guru2.

SUKANTARA SMKG

TEMPAT : SMKG


SUKANTARA SMKG telah diadakan sebelah pagi. Walaupun cuaca di sebelah pagi agak berkabus dan padang yg basah namun semangat kesukanan yg tinggi telah ditunjukkan oleh para pelajar serta guru2/petugas.Tahniah....majulah sukan utk SMKG..Gambar2 lain akan diupload dlm masa terdekat...sebarang kesulitan amat dikesali.

MESYUARAT PRA PERLAKSANAAN SEMINAR PERMUAFAKATAN PIBG SEKOLAH-SEKOLAH FELDA NEGERI SELANGOR 1/2011

Tarikh:    16 hb. Februari, 2011 
Tempat:   SMK Kampong Soeharto, 
                 Felda Soeharto, 44010 Kuala Kubu Bharu.

Kehadiran
1.  Penolong Pengarah Kanan Disiplin
     En Mohd Khaidir bin Abdullah                                  
2.  Penyelia Kanan Disiplin
     En. A Rahim Bin Mohd Mislani                          
3.  Pen. PPD Hal Ehwal Murid
     En Kamal bin Rusdi                                              
4.  Penyelia Disiplin
     En. Lazim bin Mujni                                             
5.  Pengetua SMK Soeharto
     En. Adam Sukarno bin Hj. Mansor
     Setiausaha PIBG 
6.  Pengetua SMK Gedangsa
     Pn. Nor Hapipah binti Abu Hanif
     Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
     Tuan Hj. Dian bin Masri
7.  Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya
     En. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim
     Setiausaha PIBG 
6.  Guru Besar SK Gedangsa
     En. Suhaimi bin Ramly
     Setiausaha PIBG
 7. Guru Besar SK Soeharto
     En Zainal Abidin bin Munil    
     Setiausaha PIBG
8.  Guru Besar SK Sungai Buaya
     Pn. Siti Aisah bt Haji Talib
     Setiausaha PIBG
9.  Guru Besar SK Seri Fajar
     En. Mokhtar bin Hussin 
     Setiausaha PIBG
10.Guru Besar SK Sungai Tengi
     Pn. Hasnah bt Din
     Setiausaha PIBG 

Ucapan Pengerusi Majlis
    En. Adam Sukarno bin Hj. Mansor
    Pengetua SMK Kampong Soeharto 

Ucapan Utama:
    En. Khaidir bin Abdullah
    Mewakili En. Mohd Suhaimi bin Yaidi
    Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan.


Taklimat Perlaksanaan SeminarPermuafakatan PIBG
    En. Khaidir bin Abdullah


Pengetua dan Setiausaha PIBG sekolah felda


Guru-besar sekolah rendah felda

Tuan Hj. Dian bin Masri
Penolong Kanan HEM SMK Gedangsa 
yang memakai cermin mata

 Pengetua SMK Gedangsa berbaju ungu dan 
setiausaha PIBG SK Sungai Buaya
kedua-duanya berkaca mata.

Tarikh-tarikh penting:

 17 Februari, 2011
 Perbincangan antara guru besar/pengetua bersama YDP
 21 Februari, 2011
 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Seminar
 28 Februari, 2011
 Pemakluman awal bilangan peserta yang setuju hadir
 05 Mac, 2011
 YDP dan sekolah terima borang pengesahan kehadiran peserta
 10 Mac, 2011
 Penghantaran Borang Rumusan Peserta Seminar
 14 Mac, 2011
 Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja
 15 Mac, 2011
 Surat Jemputan Majlis Penutupan seminar
 19 Mac, 2011
 Perlaksanaan Seminar

ISO(PENGURUSAN FAIL PANITIA)



TEMPAT: KANTIN/PSS

LADAP pagi ini ialah Pengurusan Fail Panitia yang disampaikan oleh Pn. Noraini Ibrahim (PK Pentadbiran). Semua fail2 lama telah ditutup dan dibuka fail baru mengikut standard ISO. Semua guru bersemangat mengemaskini fail masing2 sehingga ada yg tak mau balik...jangan marah gurau jerr


 



KURSUS STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (skpm) 2010, kEWANGAN DAN PEMBUGARAN HEADCOUNT. Tarikh: 11 hb. Februari, 2011 Tempat: SMK Serendah, Hulu Selangor.



Aturcara kursus


Slot Pertama: 8.00 - 10.30 pagi
Tajuk: SKPM 2010
Penceramah:

Datin Noorul-Aini Binti Ambak (Pengetua SM(P) Seri Aman)
Peserta dari SMK Gedangsa:
Pengetua Pn Nor Hapipah Binti Abu Hanif bersama-sama dengan
Penolong Kanan Pn Nor Aini Binti Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum
En. Shukri Bin Salleh dan GKMP Bahasa En Rodzi Bin Selamat.
Tempat: Bilik Persidangan SMK Serendah

Rehat: 10.30 - 11.00pagi  'Brunch'

Slot Kedua: 11.00 - 12.30 tengah hari.

Kumpulan 1: 
Pengetua dan KPT @ PT Kewangan Cik Nor Zafirda Binti Zabri
Tajuk:Kewangan
Penceramah:
Datin Noorul-Aini Binti Ambak (Pengetua SM(P) Seri Aman)
Tempat: Bilik Persidangan SMK Serendah


Kumpulan 2: 
Penolong Kanan Pn Nor Aini Binti Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum 
En. Shukri Bin Salleh dan GKMP Bahasa En Rodzi Bin Selamat.
Tajuk:Pembugaran Headcount
Penceramah: 
Pn. Mazmin Binti Mohd (Pengetua SMK Serendah)
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Serendah

Bersurai: 12.30 tengah hari

MESYUARAT MAJLIS PNGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH HULU SELANGORbertempat di SMK AMPANG PECAH pada 09 hb. Februari,2011

En. Adam Sukarno Bin Hj. Mansor (Pengetua SMK Soeharto) dan  
Pn. Mureseh Bt. Md Yatim (Pengetua SMAT). 

Pn. Mazmin Binti Mohd (Pengetua SMK Serendah) sedang menyampaikan maklumat 
diperhatikan oleh 
En Zainal Abidin Bin Mohd Yusof (Pengetua SMK Kelumpang)
Pengerusi Majlis Pengetua-Pengetua Hulu Selangor.


En. Wan MOhd Tahir B. Wan Ibrahim (Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya),
En Kamsah Bin Mokhtar (Pengetua SMK Dato' Hj. Kamaruddin) dan
Pn. Mazmin sedang kushuk mendengar ucapan

Dari hujung
Pn Siti Khalilijah Binti Hassan (Pengetua SMK. Syed Mashor),
Pn Mazlah (Pengetua SMK Sungai Choh),
Pn Ros Binti Yusoff (Pengetua SMK Ampang Pecah) dan
Pn Jamilah Binti Hussien (Pengetua SMK Taman Bunga Raya(1)

Tajuk perbincangan
Persidangan Majlis Pengetua-pengetua Peringkat Kebangsaan
  Tempat: Subang Jaya Selangor
Tarikh: 21 - 23 hb. Jun, 2011

Sasaran
Semua pengetua di negeri Selangor
dan negeri-negeri lain.

Tema Persidangan
Kepimpinan Holistik Menjana Transformasi 
Pendidikan Negara

Tugasan untuk 
Majlis Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah 
Hulu Selangor, Selangor.
Pembentangan dan kertas kerja

Penginapan
Ditaja oleh Majlis Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah
Hulu selangor

Kos lain Yang terlibat
Kos Persidangan sebanyak RM200  sahaja Seorang.

Harapan daripada Pn. Mazmin bahagian Pengacaraan
    "Always pay intention to detail"

Rabdomiosarkoma

Rabdomiosarkoma sejenis kanser yang menyerang anak-anak di bawah usia 15 tahun, kanser ini melibatkan tisu-tisu lembut dalam badan, otot, serat atau tisu-tisu lain. Bahagian tubuh yang sering diserang adalah leher, pundi kencing, organ pembiakan, otot-otot abdomen serta dada.

Punca


- Belum dikenalpasti, biarpun banyak kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti punca.

- Dipercayai pengidap penyakit genetik seperti Sindrom Li Fraumeni, berisiko tinggi untuk mendapat serangan rabdomiosarkoma.

Jenis


1. Embrional
- lebih 60% kanak-kanak mengalami rabdomiosarkoma. Ia menyerang di seluruh tubuh tetapi bahagian yang sering diserang adalah bahagian genitourinaria iaitu bahagian leher dan kepala.

2. Botryoid Embrional 
- menyerang 6% kanak-kanak, tumor berbentuk buah anggur dan terdapat di permukaan mukosa mulut.

3. Sel Spindel Rabdomiosarkoma
- Hanya 3% kanak-kanak yang disahkan mengidap tumor jenis ini, Ia jarang menyerang bahagian leher dan kepala tetapi sering muncul di bahagian paratestikuler.

Gejala


- Benjolan atau bengkak tidak normal di bahagian tubuh, bengkak di kepala dan mata yang tidak bercahaya.

- Tubuh mereka mudah mendapat lebam dan berdarah

- Demam yang berpanjangan, pucat, kurang bertenaga dan penurunan berat badan yang mendadak.

- Mengalami sakit kepala kronik berpanjangan yang disertai dengan muntah-muntah.

Individu Yang Berisiko


- 87%  daripada keseluruhan penghidap kanser otot ialah kanak-kanak di bawah usia 15 tahun, terutama anak berusia 1 hingga 5 tahun berisiko tinggi untuk mendapat kanser jenis ini.

- 13% lagi dikuasai oleh individu dalam lingkungan 15 - 21 tahun


- Amat jarang menyerang orang dewasa.

Rawatan


1. Kemoterapi atau Terapi Kimia
- Proses memusnahkan sel-sel kanser dan menghalangnya daripada membiak, membunuh sel-sel kanser yang merebak di bahagian tubuh serta memperlahankan pertumbuhannya.

- Sewaktu proses kemoterapi, ubat sitotoksik akan dimasukkan ke dalam aliran darah di seluruh badan untuk mematikan sel-sel kanser.

2. Radioterapi
- Penggunaan sinar berkuasa tinggi yang berfungsi menghapuskan sel-sel kanser dan membantu meminimumkan kerosakan pada sel-sel normal.

- Tidak mengambil masa yang panjang atau menyakitkan.

- Radiasi akan menjejaskan sel-sel normal di kawasan yang dirawat, namun sel-sel normal itu mampu pulih dengan sendirinya tanpa sebarang kesan sampingan.

3. Pembedahan
- Dengan cara ini berupaya untuk melihat tumor yang gagal dikesan oleh sinar-x.

- Lazimnya tisu akan dikeluarkan daripada bahagian yang diserang kanser.

- Ketika pembedahan, sel-sel kanser dan tisu disekelilingnya akan dipotong menggunakan peralatan khas.

Kesan Sampingan Rawatan


- Pesakit akan berasa mual dan muntah-muntah selepas menjalani rawatan selain mengalami rasa sakit serta melepuh pada tempat suntikan.

- Seperti individu dewasa, kanak-kanak turut mengalami keguguran rambut selepas menjalani rawatan kemoterapi.

- Demam kuning, sembelit, ulser dan kesakitan di bahagian mulut akan turut dirasai oleh anak rabdomiosarkoma yang menjalani rawatan.

Kematian Bayi Tersedak Susu



Kes kematian bayi akibat tersedak susu berpunca daripada kecuaian dan kelalaian individu yang tidak bertanggung jawab, sering diperkatakan berlaku semasa berada di bawah jagaan pengasuh di pusat-pusat asuhan. Persoalannya bagaimanakah perkara seumpama ini boleh berlaku dan apakah solusi terbaik yang boleh dilakukan untuk menghindari?

Punca
(Ditegah melakukan seperti di atas)


Kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tampa pengawasan pengasuh atau ibu bapa.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak  dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Keadaan itu akan membuatkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas sehingga meragut nyawa mereka.

Amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu bagi membolehkan bayi minum sendirian juga boleh mengakibat kematian. Ini kerana perbuatan tersebut boleh meningkatkan risiko bayi lemas.

Semakin kecil usia semakin tinggi risiko, ini kerana sistem pertahanan tubuh bayi belum terbentuk dengan sempurna berbanding individu dewasa. Bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan " cough reflex:", komponen sensori dan motor yang penting sebagai mekanisma pertahanan tubuh belum cukup matang.

Sistem pertahanan tubuh tersebut memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia sehingga bertindak mengeluarkan bahan asing dalam sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru. keadaan itu menyukarkan bagi bayi untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak kerana otot mereka masih terlalu kecil untuk bertindak sedemikian.

Cara Mengatasinya.

Walaupun ajal dan maut merupakan takdir Tuhan, namun kejadian bayi meninggal akibat tersedak susu ini boleh diatasi jika pengasuh atau ibu bapa bersikap lebih prihatin terhadap pekerjaan dan tanggungjawab mereka, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bayi yang naif untuk menjaga diri sendiri.

Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

Salah satu cara untuk mengelakkan kejadian kematian bayi akibat tersedak susu ialah menyusukan bayi dengan cara yang betul, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

ibu bapa perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan. Lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak dan kemasukan angin ke dalam perut bayi,.oleh itu, pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan pengaliran susu yang terlalu laju.

Elakkan meletak bayi di atas lantai semasa menyusu, sebaiknya bayi dipangku seperti mana teknik menyusu badan dan sendawakan bayi selepas selesai proses penyusuan untuk mengeluarkan angin dan mengelakan  bayi muntah ketika tidur. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Inshahallah, dengan cara seperti di atas diharapkan dapat mengelakkan kematian bayi akibat tersedak susu, wasallam.

Fakta Kes




-20/9/2010 -  Noramirah Shahrul Nizam, 9 bulan, maut akibat tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat    
                    asuhan di Presint 18.

-25/9/2010 -  Farishah Nur Hazreen Mohd Fairuz, 3 bulan, meninggal dipercayai tercekik susu selepas 
                    dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya.

-26/9/2010 - Mohammad Ayub Mohd Zainuddin, 3 bulan, meninggal akibat tercekik susu selepas diberi susu
                    ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke Ibu negara.

-2/10/2010 - Hadif Hameedullah Mohd Najib, 5 bulan, meninggal akibat tersedak susu ketika dalam jagaan
                   bapanya.