BOLA BALING MSSDHS

TEMPAT : SMK DATO HJ KAMARUDIN

Pasukan bola baling SMKG sedang makan tengah hari sementara menunggu pusingan ke-2 Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Selangor. Bersama-sama pemain ialah Cg Sukri(PK Koko) dan Cg Jamshari(Jurulatih).


PROGRAM NILAM

TEMPAT : DATARAN SMKG

Penyampaian sijil penghargaan Program NILAM kepada pelajar2 berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKG (Pn. Norhapipah Abu Hanif) semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan.





BACAAN YASSIN PAGI JUMAAT

HARI AKHIR SEBELUM CUTI 1/2 PENGGAL 1
TEMPAT : DATARAN SMKG

 Bermula pertengahan 2010, semua guru dan pelajar muslim bersama-sama membaca surah Yassin setiap pagi Jumaat sebelum bermulanya sesi P&P. Foto2 di bawah menunjukkan suasana di Dataran SMKG selepas selesai majlis bacaan Yassin pada hari akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal 1.
 







PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS

TEMPAT : SMKG

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS diketuai oleh Tuan PPDHS (Tn Hj. Mat Jah b. Roslan) bersama-sama dengan lebih kurang 10 orang pegawainya di SMKG telah bermula seawal 7.30am. Dalam pemantauan ini, banyak perkara telah dilihat/dipantau baik dari segi pengurusan, akademik, hem dan kokurikulum. Pada fasa terakhir pemantauan semua pegawai terlibat telah membentangkan dapatan pemantauan yg dijalankan. Semua guru dan staf bersama-sama mendengar pembentangan tersebut dengan Tuan PPDHS sendiri telah membuat rumusan pada slot terakhirnya.






Tn Hj. Mat Jah(Tuan PPDHS) membuat rumusan bagi hasil dapatan pemantauan oleh pegawai2nya ke SMKG.

SUKAN TAHUNAN SMKG KE-24

TEMPAT : PADANG SMKG

SUKAN TAHUNAN SMKG KALI KE-24 telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada sebelah pagi sebelum kejohanan bermula hujan turun membasahi padang sehingga becak. Semua acara yang dilangsungkan berjalan lancar termasuk acara sukan rakyat. Majlis perasmian penutupan kejohanan disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Hulu Selangor. Beliau telah mewakili En. P.Kamalanathan yg tidak dapat hadir kerana komitmen lain. Syabas dan terima kasih kpd semua pihak (pelajar/guru/staff/ibubapa) yg telah membantu menjayakan kejohanan kali ini.