CADANGAN PROJEK NAIK TARAF

CADANGAN PROJEK NAIK TARAF
Di SMK GEDANGSA

1.0              Pendahuluan

Polisi sekolah selamat membawa pengertian yang mudah tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan.

Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap murid. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

SMK Gedangsa pernah mendapat peruntukan membina pagar sekolah pada awal pembinaannya pada tahun 1982. Kemudian peruntukan menaik taraf sebahagian pagar sekolah pula pada tahun 2000 ketika pembinaan Kompleks Perumahan Guru. Pagar ini di bina bukan memagari kawasan sekolah, ia di bina di dalam kawasan sekolah, ia membahagi kawasan sekolah kepada dua bahagian, pagar dibina sepanjang  jalan masuk ke sekolah dari pintu utama (pintu gerbang SMKG) ke KIP .  Selepas itu tiada lagi peruntukan disalurkan kepada sekolah ini bagi tujuan menaik taraf pagar sekolah.

2.0       Objektif

a. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat,
    selamat dan menyeronokkan.
b. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan
    dijaga.
c. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
d. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
e. Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja di   
    kalangan warga sekolah.
f. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara 
   positif kepadasekolah  yang selamat.

3.0       Rasional

a. Mewujudkan kepemimpinan yang berkesan
b. Meningkatkan lagi tumpuan kepada pencapaian akademik
c. Mewujudkan hubungan dengan warga sekolah dan masyarakat
d. Menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan staf
e. Layanan sama rata dan budaya “caring” kepada pelajar
f. Meningkatkan mutu kawalan keluar masuk sekolah
g. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat
h. Melaksanakan pernyataan misi dan peraturan sekolah
    yang mengutama keselamatan
i. Mempertingkatkan mutu disiplin
4.0   Cadangan  
      Lakaran Pelan Sekolah SMK Gedangsa

 
  
(A)  – Laluan keluar masuk pelajar, guru SMK Gedangsa dan penghuni Kediaman   
         Institute Pendidikan (KIP)
i)                    Cadangan dibina laluan dari KIP ke jalan besar untuk penghuni KIP atas faktor keselamatan pelajar.
ii)                  Untuk masa terdekat memohon supaya dipasang cermin bulat (@)di pintu utama   
           iii)         Cadangan dibina laluan pelajar berbumbung di bahagian bertanda (B) untuk mengelakkan kesesakkan waktu pagi di Pintu Utama
(B) – Cadangan pagar sekolah jenis pagar kawat atau gabungan pagar batu dengan pagar kawat mengikut kesesuian bentuk muka bumi.
 
1)  Pagar sekolah

            
Panjang pagar yang dipohon  300m (900 kaki) dari pagar batu yang sedia ada ke KIP, yang satu lagi juga dari pagar batu sebelah kiri pintu utama ke pintu masuk/ belakang sejauh 500 m (1500 kaki) dan dari pintu masuk rumah guru/belakang ke KIP sejauh 500 meter (1500 kaki). Keseluruhan sejauh 1300 meter (3900 kaki sahaja)

            Anggaran kos pembinaan pagar kawat
    

Gambar pagar sekolah SMKG

 Pagar sebelah surau SMKG

 Pagar dari pagar batu ke surau SMKG

 Gambar sebelum dibina longkang

 Pagar di belakang kuarters JKR

 Juga sambungan belakang kuarter JKR

Dari belakang kuarters JKR ke KIP
 
2)  Laluan pelajar

(C) – Cadangan laluan pelajar dan tempat bas menurunkan pelajar. Laluan dari Blok B melalui laluan  antara kabin dengan makmal computer terus ke pagar tembok sejauh 50 kaki

Lakaran laluan pelajar

            Anggaran kos perbelanjaan Laluan Pelajar


Gambar laluan pelajar

 Laluan antara cabin dengan makmal komputer

Longkang merentacgi laluan pelajar ke pagar batu

 Laluan pelajar antara Blok A dengan tempat parking

3)  Cadangan laluan penghuni KIP


Laluan ini berada dalam kawasan sekolah maka sekiranya berlaku kemalangan samada antara pelajar berjalan kaki dengan pemandu kereta pihak sekolah dikehendaki membuat laporan, dengan adanya dokumen ini pihak sekolah telah membuktikan puihak sekolah telah mengambil tindakan dengan memaklumkan keadaan inui kepada pihak yang berkenaan.
Lakaran laluan penghuni Kakitangan Institute Pendidikan.
Gambar laluan warga SMKG & Penghuni KIP
 
 Dari pintu masuk ke bangunan sekolah ke pintu gerbang SMKG
 Gambar yang sama

 Dari pintu masuk ke bangunan sekolah ke KIP

Gambar yang sama
 
Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat amat wajar projek menaik taraf pagar sekolah dilaksanakan kerana telah tiada / rosak, maka usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan demi keselamatan warga SMK Gedangsa. Strategi perancangan dan pelaksanaannya secara segera juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita


Gotong Raya Perdana SMK Gedangsa 2013

Gotong royong perdana


5 Januari,2013, SMK Gedangsa telah menganjurkan aktiviti gotong-royong dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan 2013.Usaha ini telah mendapat sambutan dan penyertaan dari semua pelajar dan hasilnya amatlah membanggakan. Seluruh kawasan sekolah termasuk bilik bilik khas telah dibersihkan.
Program ini berjalan mengikut perancangan dan berjaya mencapai matlamatnya.

Menjadi harapan guru-guru agar pelajar dapat bersama sama membangunkan kecemerlangan SMK Gedangsa bukan sahaja dari segi akedamik malahan di segi sahsiah, pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi adalah pelajar yang cemerlang, inshahALLAH.


Pondok serbaguna

Pondok serbaguna telah siap di bina bahagian atap sahaja tampa siling, kipas dan lantai, walau bagaimana pun pihak sekolah berterima kasih kepada PPD Hulu Selangor.


Bulatan batu yang pada mulanya hendak dikekalkan dipecah dan diratakan supaya ruang lebih luas dan boleh digunakan sebagai ruang pelbagai guna

Tengah berehat setelah penat memecahkan
tembok bulatan


Cikgu Shoib bersama dengan bapa pelajar tengah
meratakan tanah

Pelajar sama sama membantu

Naik taraf bengkel kepada bilik darjah

2012 Bilik ERT telah dijadikan kelas kerana tidak cukup bilik darjah, mungkin ini menyebabkan keputusan ERT kurang memuaskan, jadi pada tahun ini bilik ERT akan digunakan sepenuhnya. untuk itu bengkel ketiga 2012 juga digunakan sebagai kelas, melihatkan bengkel itu agak luas maka dibahagi 2 bagi mengwujudkan 2 bilik darjah berkongsi pintu

Bilik ini telah siap dipasang pengadang oleh En. Samsudin dan En. Awang pekerja pembersihan sekolah. Ia  mula digunakan pada hari selasa, 8 Januari, 2013, dengan itu selesai masalah kekurangan bilik darjah di SMK Gedangsa buat masa ini.


Pintu  kelas dan pintu masuk 

Pengadang antara dua bilik

En Samsuddin dan En Awang tengah bekerja


Penghargaan

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuklah bapa pelajar yang hadir, pekerja pembersihan, guru guru dan pelajar SMK Gedangsa khasnya.