Gotong Raya Perdana SMK Gedangsa 2013

Gotong royong perdana


5 Januari,2013, SMK Gedangsa telah menganjurkan aktiviti gotong-royong dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan 2013.Usaha ini telah mendapat sambutan dan penyertaan dari semua pelajar dan hasilnya amatlah membanggakan. Seluruh kawasan sekolah termasuk bilik bilik khas telah dibersihkan.
Program ini berjalan mengikut perancangan dan berjaya mencapai matlamatnya.

Menjadi harapan guru-guru agar pelajar dapat bersama sama membangunkan kecemerlangan SMK Gedangsa bukan sahaja dari segi akedamik malahan di segi sahsiah, pelajar yang mempunyai sahsiah yang tinggi adalah pelajar yang cemerlang, inshahALLAH.


Pondok serbaguna

Pondok serbaguna telah siap di bina bahagian atap sahaja tampa siling, kipas dan lantai, walau bagaimana pun pihak sekolah berterima kasih kepada PPD Hulu Selangor.


Bulatan batu yang pada mulanya hendak dikekalkan dipecah dan diratakan supaya ruang lebih luas dan boleh digunakan sebagai ruang pelbagai guna

Tengah berehat setelah penat memecahkan
tembok bulatan


Cikgu Shoib bersama dengan bapa pelajar tengah
meratakan tanah

Pelajar sama sama membantu

Naik taraf bengkel kepada bilik darjah

2012 Bilik ERT telah dijadikan kelas kerana tidak cukup bilik darjah, mungkin ini menyebabkan keputusan ERT kurang memuaskan, jadi pada tahun ini bilik ERT akan digunakan sepenuhnya. untuk itu bengkel ketiga 2012 juga digunakan sebagai kelas, melihatkan bengkel itu agak luas maka dibahagi 2 bagi mengwujudkan 2 bilik darjah berkongsi pintu

Bilik ini telah siap dipasang pengadang oleh En. Samsudin dan En. Awang pekerja pembersihan sekolah. Ia  mula digunakan pada hari selasa, 8 Januari, 2013, dengan itu selesai masalah kekurangan bilik darjah di SMK Gedangsa buat masa ini.


Pintu  kelas dan pintu masuk 

Pengadang antara dua bilik

En Samsuddin dan En Awang tengah bekerja


Penghargaan

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuklah bapa pelajar yang hadir, pekerja pembersihan, guru guru dan pelajar SMK Gedangsa khasnya.