Mukadimah surau SMK Gedangsa :
Surau Sekolah Menenmgah Gedangsa telah
dibina pada tahun 1987. ia pernah dinaik taraf oleh pihak JAIS pada tahun 2000.
Surau ini merupakan sebuah bangunan yang diguna oleh warga SMK Gedangsa untuk
solat, pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama Islam dan aktiviti-aktiviti
dakwah peringkat sekolah serta majlis qiamullail dan solat hajat bnersama-sama
para ibu bapa pelajar SPM dan PMR.
Semenjak kebelakangan ini didapati
banyak kerosakan fizikal berlaku kepada bangunan surau ini yang perlu
diperbaiki secepat mungkin sebelum kerosakkan
tersebut menjadi lebih kritikal dan membahyakan pengguna.
- Mengganti dan memasang atap yang sedia ada kepada metal deck dan siling.
- Menggantikan dan memasang tiles.
- Tempat wuduk.
- Dinding.
Membina dinding di tempat wuduk pelajar lelaki dan perempuan dari dikunjungi khinzir liar.
Mengecat di bahagian luar dan dalam surau.
Mengganti dan memasang pintu dan daun tingkap.
- P.A. Sistem surau.
Perkembangan naik taraf surau dari masa ke semasa.
Berikut adalah gambar-gambar surau yang belum dibaik pulih.
(padangan surau dari sisi)
(pandangan tempat masuk lelaki dan perempuan)
(pandang bahagian lelaki)
(tempat wuduk lelaki)
(tempat wuduk perempuan)
Setelah mendapat sumbangan zakat, cukup untuk menukar atap asbestos kepada atap metal deck bersama kerangka besi.
Sekarang dalam pembinaan tempat wuduk lelaki dinaik taraf lantai ketinggiannya disamakan dengan lantai ruang dalam surau berjubin.
(Jubin dipasang di luar surau)
(Lantai dalam surau)
(Lantai tempat wuduk perempuan yang telah siap berjubin)
(Memasang jubin di tempat wuduk lelaki)
(pemandang dari bilik pejabat)
Kami mendapat peruntukan untuk memasang siling gantung bahagian dalam surau dan lantai berjubin secara keseluruhan.
Penghargaan :
- Kementerian Pelajaran
- Jabatan Pelajaran Selangor
- PPD, Hulu Selangor
- Individu yang terlibat
0 comments:
Post a Comment