Kematian Bayi Tersedak Susu



Kes kematian bayi akibat tersedak susu berpunca daripada kecuaian dan kelalaian individu yang tidak bertanggung jawab, sering diperkatakan berlaku semasa berada di bawah jagaan pengasuh di pusat-pusat asuhan. Persoalannya bagaimanakah perkara seumpama ini boleh berlaku dan apakah solusi terbaik yang boleh dilakukan untuk menghindari?

Punca
(Ditegah melakukan seperti di atas)


Kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tampa pengawasan pengasuh atau ibu bapa.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak  dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Keadaan itu akan membuatkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas sehingga meragut nyawa mereka.

Amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu bagi membolehkan bayi minum sendirian juga boleh mengakibat kematian. Ini kerana perbuatan tersebut boleh meningkatkan risiko bayi lemas.

Semakin kecil usia semakin tinggi risiko, ini kerana sistem pertahanan tubuh bayi belum terbentuk dengan sempurna berbanding individu dewasa. Bagi kes tersedak susu, ia membabitkan pembentukan " cough reflex:", komponen sensori dan motor yang penting sebagai mekanisma pertahanan tubuh belum cukup matang.

Sistem pertahanan tubuh tersebut memungkinkan reseptor batuk dalam epithelium di laluan pernafasan sangat sensitif pada stimulasi mekanikal ataupun kimia sehingga bertindak mengeluarkan bahan asing dalam sistem pernafasan sebelum ia sampai ke paru-paru. keadaan itu menyukarkan bagi bayi untuk mengeluarkan bahan asing atau yang tidak dikehendaki, termasuklah cecair seperti susu daripada tekak kerana otot mereka masih terlalu kecil untuk bertindak sedemikian.

Cara Mengatasinya.

Walaupun ajal dan maut merupakan takdir Tuhan, namun kejadian bayi meninggal akibat tersedak susu ini boleh diatasi jika pengasuh atau ibu bapa bersikap lebih prihatin terhadap pekerjaan dan tanggungjawab mereka, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bayi yang naif untuk menjaga diri sendiri.

Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

Salah satu cara untuk mengelakkan kejadian kematian bayi akibat tersedak susu ialah menyusukan bayi dengan cara yang betul, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

ibu bapa perlu prihatin aspek pemilihan puting botol susu yang digunakan. Lubang puting yang besar menyebabkan susu mengalir terlalu laju yang memudahkan mereka tersedak dan kemasukan angin ke dalam perut bayi,.oleh itu, pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan pengaliran susu yang terlalu laju.

Elakkan meletak bayi di atas lantai semasa menyusu, sebaiknya bayi dipangku seperti mana teknik menyusu badan dan sendawakan bayi selepas selesai proses penyusuan untuk mengeluarkan angin dan mengelakan  bayi muntah ketika tidur. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

Inshahallah, dengan cara seperti di atas diharapkan dapat mengelakkan kematian bayi akibat tersedak susu, wasallam.

Fakta Kes




-20/9/2010 -  Noramirah Shahrul Nizam, 9 bulan, maut akibat tersedak susu ketika dalam jagaan di pusat    
                    asuhan di Presint 18.

-25/9/2010 -  Farishah Nur Hazreen Mohd Fairuz, 3 bulan, meninggal dipercayai tercekik susu selepas 
                    dibiarkan menyusu sendirian oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan di Presint 9, Putrajaya.

-26/9/2010 - Mohammad Ayub Mohd Zainuddin, 3 bulan, meninggal akibat tercekik susu selepas diberi susu
                    ketika dalam perjalanan dengan kereta api dari Manik Urai, Kuala Krai ke Ibu negara.

-2/10/2010 - Hadif Hameedullah Mohd Najib, 5 bulan, meninggal akibat tersedak susu ketika dalam jagaan
                   bapanya.

0 comments: